TAIPING: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut setelah kereta jenis Proton Waja yang dipandunya terbabas di bahu jalan dekat KM 254 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah selatan, di sini hari ini.
Menurut Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 12.58 tengah hari.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.
"Didapati sebuah kereta terbabas di bahu jalan dan seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat pemandu.
"Komander operasi membuat size up dan mengarahkan anggota menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.
"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selajutnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Operasi yang diketuai PBK II Nizam Abdul Manaf itu membabitkan seramai enam orang anggota dan tamat pada jam 2.30 petang.
Aida Aziz
Sun Apr 14 2024
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan. - Foto JBPM
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Lelaki maut tersepit, kereta terbabas di lebuh raya WCE
Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabas di bahu jalan dekat KM 254 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Padah curi kabel elektrik, lelaki kritikal melecur
Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik SESB membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di Kota Kinabalu.
Lelaki maut terbabas selepas langgar ular sawa
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas akibat terlanggar seekor ular sawa di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah.
Lelaki maut leher tersepit pintu bank
Seorang lelaki maut selepas lehernya tersepit pada pintu masuk sebuah bank dalam kejadian di Kota Kemuning pada Selasa.
Lelaki maut terkena letupan bunga api di hotel PD
Persiapan sambutan tahun baharu sebuah hotel terkenal di sini bertukar tragedi selepas seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera terkena letupan bunga api pada Sabtu.
Lelaki maut disengat tebuan tanah
Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis.
Lelaki ditemui mati di bilik hotel, warga asing ditahan
Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada Jumaat
Lelaki maut kemalangan tiga kereta
Kenderaan terbabit melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza, Nissan Almera dan Honda City.
Pekerja ladang maut dilanyak gajah
Seorang pekerja ladang maut dipercayai dilanyak oleh seekor gajah dalam kejadian di Ladang Upayapadu, Sungai Bayu di sini pada Isnin.